KESEDARAN PENJAWAT AWAM TERHADAP KEPENTINGAN TAKAFUL DALAM KALANGAN BELIA DI HOSPITAL

Nurulhayah Muhamad, Tijan Hanini Abdul Hamid, Nurul Liyana Hussin, Rohailin Zainon

Abstract


Takaful merupakan satu rancangan insuran yang berasaskan kepada hubungan persaudaran, rasa saling bertanggungjawab dan saling bekerjasama dalam kalangan peserta takaful yang menyertai takaful. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesedaran penjawat awam dalam kalangan belia terhadap kepentingan takaful di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Kajian ini tertumpu kepada penjawat awam dalam kalangan belia di Hospital Tuanku Fauziah. Seramai 145 orang responden telah menjawab soal selidik yang diberikan. Analisis statistik regresi dengan menggunakan kaedah path analisis telah digunakan bertujuan menentukan pengaruh faktor pengetahuan, sikap dan kewangan ke atas kesedaran penjawat awan dalam kalangan belia di hospital tersebut. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa dua pembolehubah iaitu sikap dan kewangan mempengaruhi kesedaran penjawat awam dalam kalangan belia terhadap kepentingan takaful. Manakala faktor pengetahuan pula tidak mempengaruhi kesedaran terhadap kepentingan takaful. Dapatan kajian ini turut menunjukkan faktor sikap merupakan elemen yang paling dominan dalam mempengaruhi kesedaran penjawat awam dalam kalangan belia terhadap kepentingan takaful. Kajian ini merumuskan bahawa untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam, sikap individu itu sendiri yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan perlu diterapkan.

 

Kata kunci : kesedaran kepentingan takaful, pengetahuan, sikap, kewangan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.