FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KREDIT PERDAGANGAN FIRMA PEMBUATAN DI MALAYSIA

Noor Fariza Mohd Hasini, Muhammad Hazwan Kamarudin

Abstract


Kajian ini mengkaji faktor yang mempengaruhi kredit perdagangan ke atas firma sektor pembuatan di Malaysia dengan menggunakan sampel 113 firma pembuatan yang tersenarai di Bursa Malaysia meliputi dari tahun 2016 sehingga 2018. Teknik regrasi Ordinary Least Squares (OLS) digunakan untuk menganggarkan hubungan di antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang negatif dan signifikan di antara saiz firma dengan kredit perdagangan. Ini menunjukkan bahawa, firma yang kecil bergantung lebih kepada kredit perdagangan sebagai sumber pembiayaan. Manakala, kajian ini tidak mendapat bukti secara statistik untuk menyokong usia firma mempengaruhi tahap kredit perdagangan firma pembuatan di Malaysia.

 

Kata kunci: Kredit Perdagangan, Akaun Belum Bayar, Sektor Pembuatan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.