KESEDIAAN GOLONGAN BELIA DALAM BIDANG PERNIAGAAN ATAS TALIAN DI PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR

Nurulhayah Muhamad, Wan Nur Saleha Wan Mohd Fauzan, Rohailin Zainon

Abstract


Perniagaan atas talian merupakan perniagaan yang sangat popular dan menjadi pilihan masyarakat pada masa kini. Kini, urusan harian peniaga atas talian dapat dipermudahkan dengan adanya kemudahan internet dan bukan hanya aliran semasa. Oleh itu, dengan kemudahan perniagaan atas talian yang ada dapat dijadikan sebagai satu peluang untuk menambahkan pendapatan golongan belia. Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor kepercayaan, risiko dan kemahiran yang mempengaruhi kesediaan golongan belia dalam bidang perniagaan atas talian di kawasan Pantai Dalam. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengumpulan maklumat yang melibatkan 103 orang responden yang berusia dari 15 hingga 40 tahun. Kajian ini menggunakan kaedah Regresi, Korelasi dan Deskriptif untuk mencapai objektif kajian serta menggunakan perisian SPSS versi 22 untuk menjalankan analisis tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor kepercayaan dan kemahiran menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap kesediaan peniaga atas talian. Manakala faktor risiko tidak mempengaruhi kesediaan peniaga atas talian.

 

Kata kunci : perniagaan atas talian, kepercayaan, kemahiran, risiko.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.