FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PEMBELIAN ATAS TALIAN (ONLINE) DI KALANGAN KAKITANGAN RADICARE(M) SDN. BHD.
Abstract
Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah pembelian secara atas talian (online) kini semakin mendapat tempat di hati pengguna. Pembelian secara atas talian dipilih sebagai langkah mudah untuk berbelanja bagi mendapatkan barang keperluan tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan pembelian atas talian di kalangan kakitangan Radicare (M) Sdn. Bhd, kajian ini dijalankan terhadap kakitangan Radicare (M) Sdn Bhd. Terdapat tiga pembolehubah tidak bersandar yang di kaji iaitu kepercayaan, kemudahan dan penampilan produk. Seramai 70 orang responden telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel kajian. Kajian ini dilakukan secara kaedah kuantitatif dengan menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 19 soalan sebagai instrumen kajian telah diedarkan kepada responden dan hasil kajian dapat digambarkan menerusi Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22 di mana antara analisis yang telah dilakukan adalah analisis deskriptif, analisis kebolehpercayaan data, analisis korelasi pearson dan analisis hipotesis seperti yang telah dijelaskan. Ketiga-tiga keputusan hipotesis menunjukkan hubungan yang signifikan.
Kata Kunci: Kepercayaan, kemudahan, penampilan produk, faktor yang mempengaruhi kakitangan melakukan pembelian atas talian.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.