Personaliti Graduan Yang Menjadi Tarikan Organisasi

Hamidah Norman, Rohailin zainon, Siti Zuraydah Md Jenil, Rusyda Yahya

Abstract


Persaingan di dalam dunia pekerjaan di Malaysia menuntut para graduan lebih peka terhadap keperluan semasa dalam memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian di sesebuah pusat pengajian tinggi adalah salah satu ukuran kebolehpasaran graduan. Berdasarkan penilaian kajian literature yang  terdahulu ada menjelaskan dalam era globalisasi majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga menekankan kemahiran modal insan (personaliti) agar pekerja dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis pekerjaan. Justeru itu, objektif kertas kerja ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai  kebolehpasaran graduan, serta kriteria  yang memberi impak kepada bidang kerjaya.  Analisis kualitatif  ini melibatkan kriteria  sikap, kemahiran komunikasi dan kepimpinan seseorang graduan yang merupakan  aset bagi kebolehpasaran graduan dan penentu untuk mendapatkan pekerjaan.  Hal ini kerana, kertas kerja konsep ini dilihat mampu menyumbang kepada IPT sebagai rujukan persediaan program akademik yang berkualiti dan keupayaan melahirkan modal insan yang boleh dipasarkan di dalam memenuhi kehendak sektor pekerjaan.

 

Kata kunci: Kebolehpasaran, modal insan, graduan

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.