JAWI PERANAKAN: STATUS DAN PERANANNYA DALAM MEMBUDAYAKAN EKONOMI MELAYU

Hamidah Jalani, Izzah Nur Aida Zur Raffar, Sarah Dina Mohd Adnan, Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Mariam Farhana Md Nasir

Abstract


Pembukaan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan mendorong penghijrahan pendatang-pedagang ke Tanah Melayu. Polisi pihak Inggeris sebagai Negeri-Negeri Selat dan ‘bebas’ dari naungan raja-raja Melayu menjadikan Pulau Pinang bebas membangun. Statusnya sebagai bandar maju menjadi tarikan pedagang dari gugusan kepulauan Melayu, Cina, India dan Arab berhijrah ke pulau ini. Kesan penghijrahan dan asimilasi telah membentuk keturunan ‘Jawi Peranakan’ atau ‘Jawi Pekan’. Walaupun pengkajian mengenai golongan ini telah diperbahas, namun isu Melayu dan kemelayuan masih dibincangkan. Adakah golongan ini diiktiraf sebahagian dari Melayu atau dikenali sebagai ‘pendatang’. Batasan kajian sekitar Pulau Pinang yang menjadi batu loncatan kepada pendatang dan pedagang berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia. Pengkaji menggunakan metod analisa data dengan mengumpul dan menjalankan kajian perpustakaan bagi menjelaskan status dan peranan mereka dalam pembangunan negara. Hasil kajian mendapati, kewujudan Jawi Peranakan dalam pembangunan negara masih wujud dengan watak sebagai Melayu dan Jawi Peranakan.

 

Kata kunci: Pulau Pinang, pedagang, Jawi Peranakan, sumbangan, ekonomi. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.