Unit Penempatan merupakan satu unit yang menguruskan hal-hal berkaitan asrama pelajar yang dinamakan sebagai Kolej Kediaman termasuk hal-hal berkaitan pelajar yang mendiami sesebuah asrama tersebut. Antara hal-hal yang berkaitan dengan Unit Penempatan adalah seperti menguruskan penginapan pelajar agar segala kemudahan dapat disediakan bagi memastikan keselesaan kepada pelajar. Selain itu, unit ini juga sangat menitik beratkan keadaan bangunan yang kondusif serta persekitran asrama yang baik bagi menjamin keselamatan dan semangat pelajar untuk terus belajar. Adalah dimaklumkan semua pelajar adalah diwajibkan untuk menginap di Kolej Kediaman dan tidak boleh keluar atau menyewa sendiri di luar. Kini terdapat 9 Blok Kediaman di KUIM iaitu :
Kolej Kediaman Siswi :
a) Blok A (Ummu Salamah)
b) Blok B (Ummu Habibah)
c) Blok C (Zainab)
d) Blok D (Hafsah)
e) Blok E (Aisyah)
f) Blok F (Safiyyah)
Kolej Kediaman Siswa :
a) Blok G (Al-Bukhari)
b) Blok H (Muslim)
c) Blok I (Al-Tarmizi)