PENGENALAN

FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI DAN PELANCONGAN (FPHP)

Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan ditubuhkan sebagai Sekolah Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan (SPPP), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) pada bulan Januari 1997 dan beroperasi secara rasmi pada 17 Mei 1997 dengan pengambilan pertama pelajar- pelajar Diploma Pengurusan Perhotelan seramai 54 orang. Bermula di Ayer Keroh Country Resort, Ayer Keroh Melaka dan kemudiannya berpindah ke No. 31, Jalan Nirwana 2, Taman Nirwana, 76100 Klebang, Melaka pada bulan April 1997. Berpindah ke rumah rehat PKNM, Bandar Baru Masjid Tanah pada bulan Oktober 1998 dengan matlamat menjadikannya sebuah hotel latihan. Akibat kegawatan ekonomi, telah berpindah balik ke Taman Nirwana pada Oktober 1999, sebelum berpindah ke Kampus Tanjung, Tanjung Kling Melaka pada bulan April 2001 dan akhirnya berpindah ke Kampus Utama, Kuala Sungai Baru, Melaka pada penghujung tahun 2004. Telah bertukar nama kepada Fakulti Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan (FPPP) pada tahun 2000 sebelum ditukar kepada Fakulti Pengurusan Hospitaliti (FPH) pada 2001. Ketika ini jumlah program yang ditawarkan adalah sebanyak 4 program dari Diploma sehingga ke Ijazah Sarjana Muda.

Motto

Gerbang Pengajian Psikologi
& Pengurusan Insan

Hubungi Kami

 Fakulti Pengurusan Hospitaliti 
Kolej Universiti Islam Melaka
Batu 28, Kuala Sungai Baru, 78200 Melaka, Malaysia.
Portal Rasmi : www.kuim.edu.my/fph2019
email Rasmi : infofph@kuim.edu.my
+606-3878471
+606-3878390