IMPLIKASI PROGRAM AMALI SOLAT DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK PELAJAR : KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

Suhaimi Abu Hasan, Mohd Azam Yahya, Ahmad Faqih Ibrahim

Abstract


Sekolah merupakan tempat pelajar mendapatkan pencapaian akademik dan membina sahsiah diri yang cemerlang. Penekanan penghayatan ibadah terutama kewajipan solat adalah penting untuk diterapkan bagi menjamin pembentukan akhlak di kalangan pelajar. Kajian yang dilakukan di enam sekolah daerah Alor Gajah ini bertujuan menganalisis implikasi Program Amali Solat terhadap pembentukan pelajar di setiap sekolah Menengah Daerah Alor Gajah, Melaka. Metod utama kajian ini adalah kuntitatif, data diambil melalui pengedaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 22.0 (SPSS v22.0). Kajian ini mendapati, Program Amali Solat mampu memberi impak yang tinggi dalam pembentukan akhlak pelajar di sekitar sekolah daerah Alor Gajah serta tahap pengamalan solat seharian pelajar adalah tinggi pada skala 3.67-5.00. Ini menunjukkan satu gabaran awal keadaan suasana pelajar di sekolah Alor Gajah masih ditahap yang baik dan terkawal.

Keywords


Program Amali Solat; Pembentukan Akhlak Pelajar; Remaja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.