KEPERLUAN BERBAHASA DALAM KALANGAN ANGGOTA TENTERA MALAYSIA (ATM) YANG MENGIKUTI MISI KE LUAR NEGARA

Noorhidayah Abu Hasim, Nurul Huda Adnan, Nor Izzuani Izhar, Abdul Muhaimin Abu Bakar

Abstract


Penggunaan bahasa sasar sememangnya sangat efektif dalam melicinkan pelaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anggota tentera yang mengikuti misi di luar negara. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya yang menyertai misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon atau UNIFIL merupakan golongan yang perlu mempraktikkan bahasa sasar dalam melancarkan tugas rasmi menjaga keamanan dan keselamatan di Lubnan. Kesukaran berbahasa sewaktu menjalankan misi sama sekali tidak boleh dipandang enteng. Walau bagaimanapun, penekanan terhadap keberkesanan penggunaan bahasa sasar dalam pelaksanaan tugas kurang diberikan perhatian. Kursus bahasa yang sewajarnya masih belum dilaksanakan dalam sistem pendidikan bahasa ATM. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan berbahasa ATM yang bersesuaian dengan misi yang diamanahkan. Selain itu, kajian ini juga berperanan untuk mencadangkan kursus bahasa yang relevan bagi memenuhi keperluan berbahasa anggota yang mengikuti misi ke luar negara khususnya di Lubnan. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data dan seterusnya mengaplikasikan pendekatan deskriptif dalam persembahan dapatan. Kajian ini dapat membantu untuk memenuhi keperluan bahasa dari perspektif ATM sebagai panduan awal untuk membina modul pembelajaran bahasa yang bersesuaian. Kajian ini dijangka dapat memberi impak untuk mempertingkatkan kebolehan berbahasa ATM yang mengikuti misi ke luar negara dan melahirkan ATM yang berketerampilan di masa akan datang.

Keywords


Analisis Keperluan; Bahasa Inggeris; Bahasa Arab; Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.