SEMAKAN ARAH KIBLAT MASJID-MASJID WARISAN: KAJIAN DI NEGERI MELAKA
Abstract
Penentuan arah kiblat bagi negara-negara yang jauh dari Masjidil Haram di Mekah memerlukan ilmu dan kemahiran yang khusus terutama dalam bidang ilmu falak. Ini kerana arah kiblat merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam kesempurnaan ibadah umat Islam. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu khususnya di Melaka pada suatu ketika dahulu telah mempengaruhi pembinaan masjid-masjid sebagai wadah kesatuan umat Islam dan pusat penyebaran ilmu. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji arah kiblat masjid-masjid yang berusia melebihi 50 tahun dan masih digunakan sehingga ke hari ini yang dikenal sebagai masjid warisan. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Jabatan Mufti Melaka dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah mendapati arah kiblat masjid-masjid warisan ini tidak menepati arah kiblat sebenar yang telah ditetapkan di Malaysia bagi negeri Melaka iaitu pada azimut 292°. Kajian ini memastikan isu mengenai status arah kiblat masjid warisan dapat diselesaikan dengan kaedah semakan dan pengukuran semula yang terkini. Metodologi kajian berasaskan pemerhatian dan penelitian telah dijalankan di 56 buah masjid yang telah diwartakan sebagai masjid warisan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Hasil daripada kajian ini telah mendapati wujud perselisihan azimut kiblat lama pada masjid warisan tersebut dengan nilai azimut kiblat semasa di antara 00° 00’ 11” hingga 17° 28’ 12”. Kajian ini diharap dapat memelihara masjid warisan sebagai pusat penyebaran ilmu dan tempat yang menepati kehendak syariat dengan sempurna.
Keywords
Masjid Warisan; Arah Kiblat; Falak; Astronomi; Astrofiqh
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.