TINJAUAN KE ATAS KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM KALANGAN PENSYARAH CEMERLANG PENDIDIKAN ISLAM DI POLITEKNIK

Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi, Khairunnisa A Shukor, Muhd Imran Abd Razak, Mohd Farhan Abd Rahman, Nor Adina Abdul Kadir, Nurul Kamalia Yusuf

Abstract


Penulisan ini bertujuan untuk membincangkan jenis kemahiran Intrapersonal yang dimiliki oleh Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam (PCPI) di politeknik. Kajian ini melibatkan temu bual bersama enam orang PCPI di tiga buah politeknik. Temu bual ini dijalankan melalui perisian N'Vivo versi 7.0 untuk menghasilkan tema dan jadual matriks yang berkaitan dengan jenis kemahiran yang dipraktikkan semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa jenis kemahiran yang dapat dipraktikkan semasa PdP di politeknik, seperti mengetahui kemampuan diri, berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah, mengembangkan motivasi diri dan mencapai kepuasan diri.

Keywords


Kemahiran Intrapersonal; Politeknik; Pensyarah Cemerlang Pendidikan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.