KONSEP KEBAHGAIAAN GURU CEMERLANG WANITA DALAM MENDEPANI CABARAN KERJAYA MASA KINI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Zety Azlin Elias, Zilal Saari

Abstract


Kebahagiaan merupakan dambaan hidup setiap manusia, namun ia dinilai mengikut kepada persepsi masing-masing berdasarkan latar belakang kehidupan mereka atau keinginan mereka sendiri meliputi keriangan hati, kesenangan, kebanggaan hati dan kegembiraan. Manakala kebahagiaan (al-Saadah) menurut Islam pula ialah kehidupan yang baik, merasa puas, dan kedamaian, hidup yang positif. Kajian ini dijalankan ke atas Guru Cemerlang wanita mengenai bagaimana mereka mendepani cabaran kerjaya yang dijalankan pada masa kini dan kesahan data akan dijalankan dengan triangulasi data yang diperolehi dari peserta kajian, ketua jabatan dan rakan sejawatnya. Kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini adalah Konsep Kebahagiaan al-Ghazali (1991) dan Teori Subjective Well Being Diener (2009) bagi menghasilkan indikator kebahagiaan untuk dijadikan panduan. Demografi guru yang akan dikaji adalah mengikut kesesuaian kajian bagi mendapatkan data yang berkaitan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi indikator kepada guru cemerlang wanita serta wanita yang lain untuk mendepani cabaran kerjaya dan kehidupan masa kini menurut perspektif Islam.

Keywords


Kebahagiaan; Guru Cemerlang; Wanita; Kerjaya; Indikator

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.