PANDUAN BAGI EMANSIPASI WANITA DI TANAH MELAYU BERDASARKAN KITAB JAWI ABAD KE-20
Abstract
Setelah Islam bertapak dengan pesatnya di Tanah Melayu, pelbagai usaha telah dilakukan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan melalui pelbagai medium. Salah satu medium penting yang digunakan para ulama Melayu adalah melalui penulisan dengan menghasilkan manuskrip dan kitab-kitab jawi bagi membincangkan pelbagai bidang ilmu dan juga isu yang merangkumi sosio-budaya di Tanah Melayu termasuklah isu berkaitan wanita. Walaupun isu Wanita bukanlah menjadi isu utama, tetapi usaha ulama Melayu dalam memperjuangkan emansipasi Wanita wajar diketengahkan bagi menghargai sumbangan mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengupas sebuah kitab jawi yang bertajuk Risalah Seruan Kepada Jenis Yang Lembut Perempuan-Perempuan. Ia merupakan terjemahan bagi kitab yang telah ditulis oleh Syed Muhammad Rashid Rida (1865-1935) dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Abdullah ‘Abdur-rahman (1876-1950). Kajian ini juga dilakukan untuk menilai sokongan penulis terhadap emansipasi wanita serta menganalisis kandungan di dalam kitab tersebut. Menggunakan kajian kualitatif, analisis kandungan dan tematik analisis dipilih bagi menganalisa kitab melalui enam tema iaitu kedudukan wanita; wanita dan pendidikan; wanita dan pemilikan harta; wanita dan perkahwinan; peranan wanita sebagai isteri; dan wanita dan poligami. Hasil kajian ini akan membantu untuk memahami peranan wanita dengan lebih jelas dan memberi panduan kepada wanita dalam menghadapi cabaran norma baharu pada era kini.
Keywords
Emansipasi wanita; Ulama Melayu; Pendidikan; Ekonomi; Perkahwinan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.