PERSEPSI PELANGGAN TERHADAP KESELAMATAN MAKANAN: KAJIAN DI RESTORAN SEKITAR MASJID TANAH, MELAKA

Hartini Adenan, Dina Syamilah Zaid, Siti Mahera Ahmat Amin

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelanggan terhadap keselamatan makanan di restoran sekitar Masjid Tanah, Melaka. Oleh itu, secara khususnya kajian ini mengenalpasti faktor kebersihan makanan, faktor kepuasan pelanggan dan faktor pekerja yang mempengaruhi persepsi pelanggan terhadap keselamatan makanan di restoran sekitar Masjid Tanah Melaka. Kajian yang di jalankan berbentuk kuantitatif iaitu melibatkan seramai 100 orang pelanggan dipilih menjadi responden yang pernah mengunjungi restoran sekitar Masjid Tanah Melaka. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pelanggan restoran di sekitar Masjid Tanah, Melaka. Terdapat hubungan yang signifikan diantara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar, dimana dapat dilihat hubungan antara persepsi pelanggan dan faktor kebersihan makanan (r = .374**). Hubungan antara persepsi pelanggan dan faktor pekerja (r = .435**), manakala hubungan antara persepsi pelanggan dan faktor kepuasan pelanggan (r = .475**). Seterusnya, hubungan antara faktor kebersihan dan faktor pekerja (r = .347**) manakala hubungan antara faktor kebersihan dan kepuasan pelanggan (r = .350**). Selanjutnya, hubungan antara faktor pekerja dan kepuasan pelanggan (r = .429**). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini. Secara keseluruhannya kajian ini merumuskan faktor-faktor iaitu kebersihan makanan, kepuasan pelanggan dan pekerja terhadap keselamtan makanan mempunyai hubungan dengan kepuasan pelanggan dan pelanggan sedar bahawa faktor-faktor ini penting diamalkan oleh pemilik restoran untuk mengekalkan tahap kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan sentiasa terjamin. Kajian ini membantu pihak kerajaan negeri dan pemilik restoran untuk memahami lebih mendalam tentang keselamatan makanan dan memberi penekanan dalam aspek yang di kaji.

Keywords


Keselamatan Makanan; Kebersihan Makanan; Kepuasan Pelanggan; Pekerja; Persepsi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.