PENCAPAIAN MATLAMAT OUTCOME-BASED EDUCATION (OBE) DAN STRATEGI PEMBELAJARAN KENDIRI PENDIDIKAN ISLAM: SATU KAJIAN RINTIS
Abstract
Pendekatan OBE telah sekian lama diamalkan dalam institusi pendidikan di Malaysia sama ada di peringkat rendah, menengah, dan pendidikan tinggi. Penggunaan pendekatan OBE telah menjadi alternatif kepada metodologi pendidikan tradisional, yang mempersiapkan para pelajar sebelum memasuki dunia pekerjaan dan menghadapi cabaran hidup setelah menamatkan pengajian. Pelajar-pelajar yang telah mengikuti kursus Pengajian Islam I di sebuah politeknik telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Satu soal-selidik telah diedarkan untuk mendapatkan data kuantitatif dan data dianalisis menggunakan SPSS 17. 0. Hasil dapatan menunjukkan bahawa sumbangan strategi pembelajaran kendiri terhadap gred Pengajian Islam I adalah 13. 9%. Responden menggunakan strategi-strategi untuk mempelajari Pengajian Islam, iaitu dengan belajar bersama rakan, teknik pengulangan dan mengorganisasi. Teknik pengulangan merupakan penyumbang terbesar kerana pengulangan hafazan ayat al-Quran dan bacaan doa sering dilakukan semasa kelas sebagai persediaan menduduki ujian praktikal. Strategi belajar bersama rakan merupakan kedua terbesar memandangkan pelajar perlu melakukan tugasan secara berkumpulan. Kesimpulannya, strategi pembelajaran kendiri telah menyumbang dalam mencapai OBE.
Keywords
pendidikan berasaskan hasil; strategi pembelajaran; strategi pembelajaran pengaturan kendiri; Pengajian Islam; politeknik
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.