MENANGANI KELESUAN UPAYA IBU BAPA (PARENTAL BURNOUT) DI MUSIM PANDEMIK COVID-19

Ila Nursalida Ali Amran, Zilal Saari

Abstract


Penularan wabak COVID-19 telah menukar lanskap tugas wanita terutamanya ibu. Penutupan sekolah, pusat pengajian dan pusat penjagaan menyebabkan beban tugas ibu meningkat. Keberadaan anak-anak di rumah sepanjang masa dan kelangsungan pembelajaran atas talian menyukarkan ibu untuk menjalankan tugasan kerjaya dan tugasan rutin harian disamping membantu pembelajaran anak atas talian dalam masa yang sama. Beban tugas yang hanya tertumpu kepada ibu sahaja mendatangkan tekanan yang kronik sehingga menyebabkan kelesuan upaya (burnout). Pendekatan kaedah bantuan profesional dan kaedah bantuan kendiri dicadangkan bagi menangani kesan sampingan akibat gejala kelesuan upaya dari aspek diri sendiri, pasangan dan anak-anak berlaku.

Keywords


Covid-19; Kelesuan Upaya Ibu Bapa; Tekanan Ibu Bapa; Bantuan Professional; Bantuan Kendiri

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.