PERANAN WANITA DALAM PEMBANGUNAN INSTITUSI KELUARGA: CABARAN PANDEMIK COVID 19

Nur Faezah Musthapar

Abstract


Wanita kini menjadi aset penting dalam memajukan masyarakat dan menjadi tunjang utama kepada pembangunan keluarga. Wabak Covid 19 telah menyebabkan peningkatan kes keganasan rumah tangga dan penceraian yang telah menjejaskan sebahagian besar peranan wanita sebagai pengurus rumah tangga di negara ini. Maka, kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang peranan wanita sebagai pengurus rumah tangga dalam mendepani cabaran kekeluargaan ketika pandemik Covid 19. Kajian ini menggunakan metod kajian perpustakaan yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Seterusnya dapatan dan perbincangan utama tertumpu kepada peranan wanita sebagai isteri dan ibu rumah tangga merangkumi pengurusan pendidikan anak-anak, pengurusan kewangan, kesihatan fizikal dan mental serta pengurusan emosi demi membina sebuah keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. Justeru, melalui pemahaman terhadap cabaran wanita sebagai pengurus rumah tangga ini, semua lapisan masyarakat dapat memainkan peranan masing-masing agar kesejahteraan keluarga dapat ditingkatkan dan dipulihkan dalam menghadapi tekanan semasa norma baharu wabak Covid 19.

Keywords


Peranan Wanita; Pengurus Rumah Tangga; Pembangunan Keluarga; Pandemik Covid 19

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.