KAJIAN RINTIS KESAN-KESAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) PADA WANITA ISLAM

Khairul Zahreen Mohd Arof, Mohd Al’ikhsan Ghazali, Mohd Daud Awang, Mohd Hambali Abd Rashid, Nadeera Abdul Razak

Abstract


Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai darurat kesihatan dan wabak global pada 11 Mac 2020. Beberapa negara telah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bagi mengawal penyebaran COVID-19. Malangnya, penguatkuasaan ini memberi kesan kepada kebanyakan industri secara keseluruhannya serta kehidupan masyarakat umum terutama dari aspek rohani, fizikal, emosi, kewangan dan juga intelektual. Artikel ini cuba untuk mengkaji kesan-kesan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan COVID-19 terhadap kehidupan manusia yang mana meliputi aspek rohani, fizikal, emosi, intelektual dan kewangan secara terperinci dengan pengkhususan kepada wanita Islam dari beberapa negara beberapa negara terpilih. Borang soal selidik dihasilkan berdasarkan tinjauan literatur yang sistematik dan 30 orang responden telah berjaya dikumpulkan dari setiap negara yang dipilih sebagai kajian rintis. Borang soal selidik yang digunakan, telah dibangunkan melalui proses tinjauan literatur sistematik pada kajian-kajian yang seumpama dengan skop kajian ini. Seramai 30 orang responden dari kalangan wanita Islam yang telah dipilih mewakili negara Malaysia, Kenya, Arab Saudi, Mesir dan Oman. Hasil kajian menunjukkan wanita Islam di Malaysia, Kenya, Arab Saudi, Mesir dan Oman terkesan secara positif dari aspek rohani, fizikal dan intelektual berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Namun demikian, wanita Islam di Kenya pula tidak menunjukkan sebarang impak dari segi aspek rohani. Bagi aspek lain, terutamanya fizikal, emosi dan kewangan; kajian menunjukkan tren yang sangat berbeza bagi kelima-lima negara berkemungkinan disebabkan oleh faktor budaya setempat.

Keywords


Wabak Covid-19; Kajian Perbandingan; Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19; Dunia Wanita Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.