PENETAPAN BILANGAN ZIKIR DALAM PENGAMALAN TAREKAT: PENILAIAN RESPONSIF MENURUT AL-SUNNAH
Abstract
Kajian ini memfokuskan penetapan bilangan tertentu ketika berzikir yang diamalkan dalam tarekat tasawuf. Permasalahan bermula apabila timbul tohmahan terhadap pengamalan sedia ada majlis zikir tarekat tasawuf yang mana tidak bertepatan dan selari dengan perbahasan Sunnah serta mendakwa terdapat tokok tambah dalam amalan tarekat tasawuf. Oleh itu, kajian ini menilai penetapan bilangan ketika berzikir yang diamalkan oleh pengamal tarekat tasawuf menurut perbahasan Sunnah. Kajian ini memfokuskan metodologi kualitatif deskriptif dengan penelitian terhadap hadis berkaitan penetapan bilangan zikir dan dokumen pengamalan zikir tarekat tasawuf. Mekanisme analisis terhadap pengamalan tersebut menggunakan hadis sebagai dalil utama, disokong dengan dalil al-Quran serta perbahasan ulama untuk melihat kesejajaran pengamalan tersebut berpandukan perbahasan Sunnah. Dapatan menunjukkan penetapan bilangan tertentu antaranya seperti lafaz zikir Ya Latif sebanyak 164 kali yang diamalkan dalam Tarekat Qadiriyyah wa Naqsyabandiah, zikir surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali yang diamalkan oleh Tarekat Naqsyabandiyyah Kholidiyyah, zikir Ya Latif sebanyak 70, 100, 1,000, 3,000 atau 16,641 kali, Hasballah 70 atau 450 kali dan Hawqallah 100 kali yang diamalkan oleh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rashidiah al-Dandarawiah dan selawat 10000 kali yang diamalkan oleh Tarekat al-Syazuliyah al-Darqawiyah menepati perbahasan Sunnah dan pernah diamalkan oleh generasi Salaf.
Keywords
Bilangan; Zikir; Tarekat; Tasawuf; Majlis Zikir
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.