THE FEASIBILITY OF EXTENDED FAMILY AND ITS ROLE IN EMPOWERING MUSLIM WOMEN
Abstract
Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa Islam mengangkat taraf wanita dan menawarkan perspektif baharu pemerkasaan wanita, berdasarkan konsep yang unik iaitu kesaksamaan dan keadilan. Selain itu, Islam juga telah memperkenalkan konstruk sosial baharu yang meraikan peranan, hak dan penyertaan wanita dalam kedua-dua bidang domestik dan awam. Penyertaan wanita dalam tenaga kerja tidak dapat dielakkan pada masa kini, namun mereka menghadapi masalah untuk mengimbangi dan menyesuaikan diri antara kerjaya dan urusan keluarga. Celik huruf wanita Malaysia meningkat dengan pesat daripada 78.5% pada tahun 1990 kepada 92.1% pada tahun 2013 dan sekitar 61% daripada pelajar universiti adalah wanita. Ironinya, terdapat sesetengah wanita sebagai tenaga kerja mengalami masalah keluarga. Pada 2014, hampir satu perlima (18.7%) wanita yang sedang bekerja menghadapi masalah dalam mengimbangi antara kerjaya dan keluarga dan pada 2017, hanya 53.5% wanita yang menyertai tenaga buruh. Dalam Islam, institusi keluarga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemajuan wanita dan menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk ibu bekerja yang yang telibat dalam pembangunan negara. Struktur ‘extended family’ dalam institusi keluarga Islam memainkan peranan penting sebagai penyelesaian praktikal untuk konflik kerja-keluarga, sekali gus meningkatkan pemerkasaan dan produktiviti wanita dalam masyarakat. Justeru ia harus diketengahkan semula dan diamalkan sewajarnya bagi memudahkan wanita bekerjaya dan membina masyarakat yang harmoni.
Keywords
Pemerkasaan Wanita; Wanita Bekerja; Keluarga Besar; Peranan Keluarga
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.