PEMAKAIAN KETERANGAN PENDAPAT PAKAR SEBAGAI KAEDAH PEMBUKTIAN DI MAHKAMAH SYARIAH: ISU DAN CABARAN

Mohd Sabree Nasri, Ruzman Md Noor

Abstract


Pemakaian keterangan pendapat pakar sangat penting pada zaman kini kerana ia dapat membantu pihak mahkamah untuk membuat keputusan yang tepat dan boleh memandu para hakim mengenai perkara yang berada diluar pengetahuannya. Permasalahan timbul apabila terdapatnya ketidakjelasan pada beberapa bahagian dalam peruntukan Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan pemakaian keterangan pendapat pakar. Justeru itu, objektif penulisan ini adalah untuk menilai dan meneliti isu-isu yang berkaitan pemakaian keterangan pendapat pakar iaitu dari aspek kedudukan dan kebolehterimaan keterangan pendapat pakar, kategori keterangan pendapat pakar, syarat kelayakan untuk diiktiraf sebagai pakar, “bias” dalam pemakaian keterangan pendapat pakar, dan tatacara pemakaian keterangan pendapat pakar di Mahkamah Syariah. Metode penulisan ini akan menggunakan pendekatan deskriptif serta membuat analisa kandungan dengan meneliti artikel-artikel serta kes-kes berkaitan yang telah diputuskan khususnya di Mahkamah Syariah. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat “lakuna” yang wujud dalam peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan pemakaian keterangan pendapat pakar di Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, beberapa penambahbaikan dan pengharmonian perlu dilakukan antaranya ialah pindaan dan pemurnian pada seksyen-seksyen tertentu yang berkaitan serta cadangan mewujudkan standard rujukan yang khusus berkaitan pemakaian keterangan pendapat pakar di Mahkamah Syariah untuk dijadikan panduan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan sistem perundangan di Mahkamah Syariah.

Keywords


Pendapat Pakar; Pembuktian; Mahkamah Syariah; Isu dan Cabaran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.