PENGARUH FAKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI TERHADAP KUALITI HIDUP DALAM KALANGAN BELIA

Syazwana Aziz, Noraini Abdol Raop, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor

Abstract


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memberi kesan postif dan negatif terhadap kualiti hidup dalam golongan belia. Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti kajian konsep berdasarkan kajian-kajian lepas bagi pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (media massa dan media sosial) terhadap kualiti hidup bagi golongan belia yang berumur 16 tahun sehingga 40 tahun. Kajian konsep ini mendapati terdapat dua kesan iaitu kelebihan dan kekurangan yang timbul kepada kualiti hidup belia dalam penggunaan ICT. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, penggunaan media massa dan media sosial dapat membantu golongan belia untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menambahkan ilmu dan kemahiran yang pelbagai. Selain itu, keberkesanan penggunaan ICT dapat membantu golongan belia yang bekerja untuk bekerja dengan lebih produktif kerana penyampaian maklumat lebih berkesan dan sistem maklumat yang lebih teratur. Melalui penggunaan media sosial, membantu golongan belia ini mengenali nilai persahabatan dengan lebih meluas tanpa mengira sempadan dan sekaligus membantu meningkatkan kemahiran sosialisasi yang lebih baik. Namun, penggunaan ICT yang disalahgunakan menyebabkan golongan belia ini menjadi ketagihan dengan penggunaan intenet, keseronokkan yang melampau, menyebabkan gangguan kepada psikologi manusia dan menyebarkan maklumat yang salah boleh menyebabkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawab serta menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat yang boleh menjejaskan kualiti hidup yang tidak sejahtera.

Keywords


Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); Kualiti Hidup; Belia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.