PENDORONG MINAT BELAJAR KANAK-KANAK ORANG ASLI

Norhasima Abdullah, Aimi Khairunnisa Abdul Karim, Atini Alias, Siti Haziqah Shaban, Suzyliana Mamat

Abstract


Kajian ini dilaksanakan bagi melihat perbezaan yang mendorong minat belajar dalam kalangan murid orang asli. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perbezaan faktor yang mendorong minat belajar berdasarkan jantina pelajar. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan data dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Di samping itu, responden kajian ini terdiri daripada anak orang asli di Kampung Bukit Payung, Alor Gajah Melaka. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam faktor yang mendorong minat belajar di kalangan anak-anak orang asli dari aspek faktor keluarga berdasarkan jantina iaitu dengan nilai t adalah 2.126. Begitu juga daripada aspek faktor kendiri iaitu nilai t adalah 1.754. Rumusnya, faktor pendorong minat belajar anak-anak orang asli tidak dipengaruhi oleh perbezaan jantina. Justeru itu, kajian ini diharapkan dapat diperluaskan skop kajiannya oleh pengkaji yang lain dalam meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan kepada anak orang asli.

Keywords


Minat Belajar; Orang Asli; Keluarga; Kendiri

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.