PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN INSTRUMEN NILAI SOSIAL (INS) REMAJA

Siti Marhamah Kamarul Arifain, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Abdul Rahman Ahmad Badayai, Nurul-Azza Abdullah

Abstract


Pembentukan nilai dalam diri remaja amat penting dalam menentukan tindakan mereka. Nilai sosialisasi remaja sering melibatkan persekitaran keluarga, rakan sebaya, jiran dan masyarakat. Pendedahan nilai sosial yang baik dapat melindungi remaja untuk tidak terjebak dengan masalah sosial. Di Malaysia, terdapat beberapa instrumen untuk mengukur sikap, nilai dan moral namun kebanyakan instrumen nilai ini tidak menyatakan prosedur pengukuran yang jelas. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk membangunkan dan menguji kualiti penilaian Instrumen Nilai Sosial Remaja melalui kesahan kandungan, kesahan konstruk dan analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu pengedaran soal selidik yang mengandungi maklumat demografi dan nilai sosial remaja terhadap 100 orang remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun. Analisis alfa Cronbach dan analisis penerokaan faktor digunakan untuk menguji kebolehpercayaan dan kesahan instrumen ini. Hasil analisis faktor mendapati tiga faktor dengan nilai eigen dan peratusan varian yang diterima iaitu 42.01%. Kesemua tiga faktor mempunyai nilai muatan faktor yang baik di antara .352 hingga .775. Analisis kebolehpercayaan juga mendapati nilai alfa Cronbach bagi ketiga-tiga faktor ini adalah sederhana tinggi dan memuaskan iaitu di antara .623 hingga .806. Pembinaan instrumen ini menunjukkan bahawa nilai semangat kemasyarakatan, hormat menghormati dan kasih sayang merupakan dimensi yang sangat penting di dalam diri remaja. Melalui instrumen ini, ia memberi peluang kepada pihak kerajaan atau agensi-agensi yang berkaitan untuk membantu remaja dalam memperkasakan nilai sosial melalui program-program bersama dengan masyarakat dan komuniti. Justeru, instrumen ini juga boleh digunapakai untuk remaja berisiko yang berada di sekolah-sekolah dan juga remaja delinkuen di pusat-pusat pemulihan untuk mengukur dan menaksir nilai dan tingkah laku mereka.

Keywords


Kesahan; Kebolehpercayaan; Instrumen Nilai Sosial; Remaja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.