KEBERKESANAN KELAS TAKMIR DALAM PENGAJIAN HADIS DI MASJID DAERAH MELAKA TENGAH: PENDEKATAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Azmi Budin

Abstract


Peranan Kelas Takmir dalam Pengajian Hadis di Masjid adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan Islam kepada masyarakat Islam dalam menghayati sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan mereka serta mengamalkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat. Kajian ini dilaksanakan berasaskan soal selidik kepada responden yang terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran pengajian hadis. Lima buah masjid yang dipilih di daerah Melaka Tengah iaitu Masjid Ar-Rabbani Tangga Batu Pekan, Masjid Wahdi As- Siddiq Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Masjid As- Shuhada Kem Terendak, Masjid Al-Ghufran Bertam Ulu dan Masjid Al- Rahmah Bukit Kechil. Keputusan kajian menunjukan Pengajian Hadis memainkan peranan penting dalam menambahkan kefahaman yang lebih luas kepada masyarakat, mendedahkan kepentingan Kelas Takmir dan sekaligus memertabatkan peranan insitusi masjid dalam penyebaran ilmu Islam. Kajian ini juga menunjukan Pengajian Hadis amat bersesuaian dengan semua golongan dalam menambahkan ilmu tentang amalan sunnah Rasulullah S.A.W dan menyedari kepentingan mempelajari hadis. Kajian ini juga menunjukan Pengajian Hadis ini boleh ditingkat keberkesananya melalui kepelbagaian metodologi pengajaran dan pembelajaran oleh guru Takmir

Keywords


Takmir, Masjid, Dakwah, Hadith, Methodologi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.