PERBEZAAN EFIKASI KENDIRI TERHADAP PEMBANGUNAN KERJAYA BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja pengurusan pertengahan berdasarkan faktor demografi di Kunak Refinery Sdn Bhd. Seramai 80 orang pekerja pengurusan pertengahan dipilih secara rawak mudah. Efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja diukur menggunakan instrumen soal selidik yang dibina oleh Kossek et al., (1998). Analisis data menggunakan statistik deskriptif iaitu skor min, kekerapan, peratusan dan sisihan piawai bagi mengenalpasti tahap efikasi kendiri pekerja. Statistik inferensi pula menggunakan kaedah analisis ujian-t tidak bersandar dan ANOVA sehala untuk mengukur perbezaan efikasi kendiri kerjaya berdasarkan faktor demografi. Dapatan kajian diperolehi menggunakan perisian SPSS versi 20.0 menunjukkan tahap efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja pengurusan pertengahan di Kunak Refinery Sdn Bhd adalah padah tahap yang tinggi. Malah, pekerja lelaki mempunyai efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya yang tinggi berbanding pekerja perempuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan efikasi kendiri terhadap pembangunan kerjaya pekerja pengurusan pertengahan berdasarkan umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan di Kunak Refinery Sdn Bhd.
Keywords
Efikasi Kendiri; Pembangunan Kerjaya; Perbezaan Demografi
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.