SKIM ZAWAJ: PRODUK PERKHIDMATAN UNTUK PE
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu produk kewangan untuk membantu mengurangkan beban kewangan kepada pasangan yang ingin berkahwin. Kajian ini penting rentetan daripada isu kekangan kewangan dan fenomena kahwin lewat dalam kalangan golongan muslim Malaysia. Produk akan dibentuk menggunakan metodologi Guidelines on Introduction of New Products sebagaimana ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Selain itu bagi memastikan produk berstatus patuh Shariah, kajian juga menggunakan kaedah istinbat hukum Shariah berdasarkan ilmu usul fiqh dan qawa'id fiqhiyyah. Hasil kajian menunjukkan satu produk baru Skim Zawaj boleh ditawarkan menggunakan kontrak ijarah disasarkan kepada bakal pengantin yang tidak mempunyai simpanan. Skim pembiayaan dinamakan ijarah al-khadamat yang menghendaki pihak bank berkolaborasi dengan wedding planner dalam menguruskan majlis resepsi perkahwinan sebagaimana dipohon oleh bakal pengantin. Pihak bank mengenakan upah atas sewa perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sebagai pulangan pembiayaan. Implikasi penting kajian adalah Skim Zawaj dilihat sangat membantu dalam mengatasi masalah kos pinjaman, dijangka dapat menggalakkan golongan muda melaksanakan perkahwinan lebih awal dan secara tidak langsung dapat mengatasi masalah sosial akibat perkahwinan lewat.
Keywords
Produk perkahwinan, Skim Zawaj, Ijarah al-Khadamat, Kahwin Lewat.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.