PEMBIAYAAN RUMAH MENERUSI KONTRAK MUSHARAKAH MUTANAQISAH DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM MALAYSIA: SOROTAN LITERATUR SISTEMATIK

Rahisam Ramli, Ahmad Dahlan Salleh

Abstract


Pembiayaan Musharakah Mutanaqisah (MM) mempunyai struktur yang lebih unik kerana boleh mengurangkan tempoh pembiayaan dan mempercepatkan hak pemilikan. Namun perbahasan MM masih kurang dianalisis menggunakan pendekatan sorotan literatur sistematik berbanding sorotan literatur secara naratif dan tematik. Sorotan literatur sistematik boleh meningkatkan pembuktian dengan terperinci dan berkesan terhadap sesuatu permasalahan. Sumber pencarian literatur diambil dari pangkalan data secara dalam talian dan perpustakaan. Sebanyak 47 artikel sebagai sumber utama untuk dianalisis. Analisis kajian mendapati sebanyak 46 artikel (98%) kajian MM diperolehi menerusi dalam talian dari pelbagai sumber seperti buku, kertas kerja persidangan, artikel elektronik, jurnal dan tesis. Manakala sebanyak 1 bahan (2%) sorotan literatur diambil dari pangkalan data bukan talian di Perpustakaan UM. Kajian mendapati bentuk konseptual mendominasi fokus utama dalam kajian MM berbanding bentuk empirikal. Dari aspek cadangan pula, sorotan literatur MM tertumpu pada model pengiraan MM yang lebih seimbang, penentuan kadar sewa yang lebih praktikal, pemindahan risiko kepada pelanggan dan kaedah perlindungan risiko jika wujud kes penamatan awal. Kajian ini merumuskan terdapat keperluan untuk melakukan kajian lanjutan terhadap aspek yang kurang mendapat perhatian bagi menambah baik pelaksanaan MM dalam perbankan Islam.

Keywords


Pembiayaan rumah, Musharakah mutanaqisah, perbankan Islam, sorotan literatur sistematik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.