PERKEMBANGAN PEMIKIRAN SASTERA ISLAM DI ALAM MELAYU
Abstract
Makalah ini mengkaji kefahaman tentang sastera Islam, gagasan dan falsafah kesusasteraan yang dibentuknya. Ia menyorot sejarah kemunculannya di Alam Melayu ini dan aliran perkembangannya di abad baru serta tokoh yang memperjuangkannya. Usaha mengetengahkan dan memperkasa sastera Islam telah dipelopori dengan penghasilan karya-karya sastera yang monumental yang berhasil mengetengahkan pemikiran sastera Melayu dan kekuatan Islam yang mencorakkan perspektifnya. Makalah ini turut membahas isu dan tema yang bersangkutan seperti wacana sastera transendental, inklusivisme dan sebagainya. Kaedah kajian ialah berdasarkan metode deskriptif, komparatif dan analitik. Ia membandingkan falsafah-falsafah yang dirumuskan dalam karya sastera yang terhasil dan merumuskan dasar fikiran dan pengaruh yang dicetuskannya. Dapatan kajian menemui bahawa percambahan pemikiran terkait sastera ini membawa pemahaman yang beragam, disebabkan kerangka dan sudut pandang yang berlainan yang menjadi landas yang mencorakkan penelitian yang dikembangkan. Kajian ini memberi implikasi luas kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang asas dan corak pemikiran sastera yang berpengaruh di Alam Melayu.
Keywords
Sastera Islam; Kesusasteraan Rumpun Melayu; Pelestarian Sastera Islam; Wacana Sastera Islam
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.