FAKTOR YANG MENDORONG INDIVIDU UNTUK MEMBUAT PEMBIAYAAN PERIBADI

Mohd Azam Yahya, Muslihah Mazlan, Suhaimi Abu Hasan

Abstract


Pembiayaan peribadi merupakan satu produk kewangan daripada institusi perbankan Islam untuk membantu keperluan kewangan peribadi individu dan dikehendaki untuk membayar semula pembiayaan tersebut mengikut perjanjian yang telah dimeterai bersama antara pihak bank dan pelanggan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong individu untuk membuat pembiayaan peribadi. Metod kajian berbentuk kualitatif iaitu kepustakaan dengan merujuk kepada bahan-bahan bacaan yang berautoriti serta artikel-artikel yang diperolehi melalui media massa arus perdana bagi mendapatkan penjelasan secara umum mengenai asbab yang mempengaruhi individu di Malaysia membuat pembiayaan peribadi di institusi-institusi perbankan. Dapatan kajian ini mendapati terdapat dua (2) faktor besar diklasifikasikan untuk menjelaskan lagi situasi pengaruh tersebut iaitu pengaruh institusi perbankan serta diri sendiri. Pengaruh institusi perbankan seperti kemudahan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan, ejen-ejen perbankan yang terlatih untuk menarik pelanggan dan sebagainya menjadi faktor utama yang mempengaruhi seseorang untuk melakukan pembiayaan peribadi. Manakala faktor kedua adalah pengaruh diri iaitu tabiat individu yang suka berhutang dan membuat pembiayaan bagi pembayaran hutang yang lain. Justeru dicadangkan beberapa panduan dan langkah pertimbangan dalam pengurusan perbelanjaan harian agar keperluan perbelanjaan mencukupi dan tidak mempengaruhi untuk membuat pembiayaan peribadi.

Keywords


Pembiayaan Peribadi; Pengurusan Perbelanjaan; Faktor

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.