INSTRUMEN HIBAH DALAM PENGURUSAN HARTA ISLAM: SATU TINJAUAN AWAL TERHADAP PENGURUSAN AGIHAN HIBAH DI INSTITUSI TABUNG HAJI (TH)

Nurfarhana Mohd Daud, Saidin Wan Ismail, Zaluddin Sulaiman, Sidek Abdullah, Mohd Asyadi Redzuan

Abstract


Instrumen Hibah adalah instrumen yang mengamalkan konsep tabaru’at di mana dalam konteks muamalat ialah konsep pemberian tanpa mengharapkan balasan yang mana ia melibatkan satu pihak sahaja yang memberi dan satu pihak lagi menerima tanpa syarat dan balasan. Lantaran tersebut, terdapat masyarakat yang keliru dan menganggap bahawa hibah, hadiah, sedeqah dan al-ata’ mempunyai maksud yang sama sedangkan dari sudut trend pemikiran fuqaha adalah berbeza. Oleh itu, permasalahan kajian yang akan diketengahkan dalam penyelidikan ini adalah memahami lebih mendalam aplikasi instrumen hibah yang digunapakai dalam Sistem Kewangan Islam yang mana pemerhatian tersebut difokuskan kepada Institusi Tabung Haji. Kajian ini memberi penjelasan dengan lebih lanjut berkenaan proses pemakaian dan pembahagian hibah yang dijalankan oleh Intitusi Tabung Haji agar masyarakat lebih jelas berkenaan pemakaian prinsip hibah yang dijalankan antara pendeposit dan Institusi Tabung Haji itu sendiri. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan daripada data sekunder iaitu buku, kitab turath dan jurnal dari pelbagai medium elektronik dan bukan elektronik. Hasil kajian yang diperolehi bahawa proses perlaksanaan kontrak yang digunapakai oleh Tabung Haji dengan pendeposit adalah kontrak Wadi’ah Yad Dhamanah yang bererti kontrak pinjaman wang. Maka dengan itu hadiah dan jumlahnya mestilah diberi secara tanpa paksa dan sukarela oleh pemberi hadiah bagi mengelakkan elemen riba.

Keywords


Hibah; Hadiah; Tabung Haj; Kewangan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.