ISU TIDAK MEMBAWA AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR KETIKA SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK CTU DI UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT

Emie Sylviana Mohd Zahid, Siti Noor Ain Aziz, Mahasin Mearaj

Abstract


Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) merupakan satu unit pelengkap kepada keseluruhan struktur organisasi akademik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). ACIS telah menawarkan program dan kursus akademik berorientasikan Islam kontemporari. Sebagai sebuah universiti yang bertujuan melatih kaum Bumiputera dalam bidang profesional dan separa profesional, UiTM telah menawarkan kepada para pelajarnya kursus-kursus Pendidikan dan Tamadun Islam yang sinonim dengan nama subjek CTU. Ia ditawarkan sebagai kursus wajib diperingkat diploma dan ijazah sarjana muda. Subjek CTU diperingkat diploma lebih menekankan penggunaan al-Quran ketika sesi pembelajaran. Namun kebelakangan ini, pelajar sering tidak membawa al-Quran dan ia semakin serius. Hal ini memerlukan kepada satu kajian bagi mengenal pasti punca permasalahan tersebut. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Kaedah yang digunakan adalah temu bual dan soal selidik bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Dapatan kajian dianalisa secara deskriptif berdasarkan bilangan dan keperatusan responden. Hasil kajian mendapati isu tidak membawa al-Quran dalam kalangan pelajar adalah sikap pelajar itu sendiri. Justeru, pihak ACIS UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat mencari solusi bagi menangani masalah tersebut serta membentuk semula persekitaran generasi mencintai al-Quran dalam kalangan pelajar UiTM.

Keywords


Akademi Pengajian Islam Kontemporari; Subjek CTU; Mushaf al-Quran; Islamic Kit

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.