STRATEGI PEPERANGAN ISRAEL DALAM PERANG ENAM HARI ARAB-ISRAEL 1967
Abstract
Perang Enam Hari terjadi daripada beberapa rentetan krisis yang berlaku antara yang paling ketara ialah penubuhan negara haram Israel 1948 dan beberapa lagi siri peperangan seperti Perang Suez. Persoalan utamanya adalah bagaimana Israel; sebuah negara yang baru ditubuhkan dapat mengalahkan sekutu negara Arab yang terdiri daripada Mesir, Jordan dan Syria. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah metode historis. Bagi mendapatkan analisis yang lebih tepat, penulis menggunakan pendekatan inter-displin melalui konsep dan teori yang terdapat dalam disiplin ilmu sosial. Kajian mendapati terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Israel dalam peperangan ini iaitu kecekapan strategi ketenteraan, prinsip peperangan dan ketidaksediaan tentera Arab dalam menghadapi peperangan ini. Antara strategi ampuh yang dijalankan termasuk menggunakan elemen kejutan serta mengeksploitasi kelemahan yang berlaku dalam kalangan gabungan negara Arab.
Keywords
Perang Enam Hari; Strategi Peperangan; Asia Barat
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.