MUZIUM DAN KEDAULATAN INSTITUSI BERAJA DI MALAYSIA
Abstract
Muzium merupakan tempat mengumpul, menyelidik dan memelihara segala bentuk kesenian, warisan dan adat resam setempat seperti manuskrip, senjata, ukiran, tekstil serta hasil kerja yang terbaik dan berkualiti tinggi sehingga menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Selain itu, muzium juga berperanan memberikan khidmat pengembangan ilmu melalui pameran, ceramah, bengkel dan persidangan khususnya dalam pendidikan sejarah. Kertas kerja ini akan menjelaskan tentang kepesatan perkembangan muzium pascamerdeka di Malaysia, jenis-jenis muzium di Malaysia yang merangkumi aspek umum, tematik, galeri diraja dan memorial, muzium-muzium yang berasal daripada bangunan istana dan inisiatif beberapa IPTA di Malaysia untuk mewujudkan muzium sendiri. Turut menjelaskan tentang keperluan muzium menerapkan kesedaran sejarah khususnya dalam memaparkan kehebatan institusi raja-raja Melayu di Alam Melayu. Muzium perlu menonjolkan kepada pengunjung tentang sebab-sebab institusi beraja perlu dipertahankan. Kajian ini juga menerangkan tentang muzium dan falsafah pengekalan institusi beraja di Malaysia. Ia merangkumi perbincangan berkaitan Muzium Diraja sebagai mercu tanda kewujudan tamadun sosio-politik di Alam Melayu, bukti identiti kemelayuan, sifat dinamisme Islam dalam masyarakat Melayu serta sebagai asas kedaulatan institusi beraja di Malaysia. Fokus perbincangan kertas kerja ini adalah membincangkan tentang peranan muzium dalam memartabatkan kedaulatan institusi beraja di Malaysia. Muzium sepatutnya berfungsi sebagai hub pendidikan khususnya dalam menyampaikan maklumat berkaitan institusi beraja di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu memartabatkan institusi beraja sekali gus mengangkat warisan budaya khususnya di Malaysia.
Keywords
Muzium; Perkembangan Muzium Pascamerdeka; Kesedaran Sejarah; Peranan Muzium Dalam Memartabatkan Institusi Beraja
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.