KEPERLUAN SOKONGAN MOTIVASI DALAM KEPUASAN KERJA SAUDARA BARU SELEPAS MEMELUK ISLAM

Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Razaleigh Kawangit @ Muhamat, Mahfuzah Mohamad Zabidi, Mohammad Naqib Hamdan, Akmaliza Abdullah

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan sokongan motivasi terhadap kepuasan kerja Saudara Baru selepas memeluk Islam. Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan keperluan sokongan motivasi dalam kepuasan kerja adalah terdiri daripada dimensi seperti pengiktirafan, peningkatan, pencapaian, peluang untuk berkembang, pekerjaan itu sendiri dan tanggung jawab. Sokongan motivasi memainkan peranan penting dalam mendapatkan kepuasan kerjadi kalangan Saudara Baru. Motivasi ini penting bagi memastikan Saudara Baru dapat menghadapi kehidupan yang lebih baik dan teratur serta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna walaupun berada dalam suasana persekitaran yang baru atau lama serta kelompok majikan, rakan sekerja yang Islam atau yang bukan Islam. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Lokasi pemilihan adalah di Negeri Johor. Seramai 455 Saudara Baru di Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi mendapati Saudara Baru mendapat kepuasan kerja yang baik selepas memeluk Islam dari aspek sokongan motivasi. Majikan, rakan sekerja dan organisasi turut membantu memainkan peranan kepada Saudara Baru dalam menaikkan semangat motivasi dalam mendapatkan kepuasan kerja.

Keywords


Motivasi; Saudara Baru; Muallaf; Kepuasan Kerja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.