PEMUPUKAN PENGATURAN KENDIRI AKHLAK MELALUI PROSES PENDIDIKAN ISLAM YANG DITERAPKAN OLEH IBU BAPA
Abstract
Pengaturan kendiri merupakan satu kemahiran yang sangat penting untuk membantu individu menghadapi cabaran getir, seterusnya berjaya dalam kehidupan. Artikel ini membincangkan peranan ibubapa memupuk kemahiran pengaturan kendiri akhlak sebagai satu proses pendidikan dalam Islam. Perbicangan ini bukan sahaja dilakukan dengan menekankan kepada kaedah-kaedah pemupukan pengaturan kendiri akhlak sepertimana yang disarankan dalam perspektif Islam, malah perbandingan dengan perspektif Barat juga dilakukan. Melalui perbincangan ini, dapat dirumuskan bahawa, terdapat empat cara bagi ibubapa memupuk penguasaan pengaturan kendiri akhlak, iaitu; interaksi sosial, ibu bapa sebagai model sikap yang baik, galakkan pengamalan sikap baik melalui pengukuhan positif dan negatif, serta menjadikan sikap baik sebagai satu kebiasaan melalui pengulangan. Perbincangan serta rumusan yang dibuat dalam artikel ini seharusnya dapat membantu ibubapa serta guru-guru dalam proses memupuk penguasaan pengaturan kendiri dalam kalangan generasi masa hadapan.
Keywords
pengaturan kendiri; pemupukan akhlak; peranan ibu bapa
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2019 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.