KESAN PELAKSANAAN SOLAT TERHADAP AKHLAK MUKALLAF MENURUT AL-QURAN DAN AL-HADITH
Abstract
Solat merupakan tiang agama yang mana ibadat solat adalah sebesar-besar ibadah yang mendekatkan diri hamba dengan tuhannya dan mampu mendidik akhlak manusia kepada keperibadian yang tinggi. Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan solat terhadap akhlak mukallaf menurut al-Quran dan al-Hadith. Metod kajian ini menggunakan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data daripada sumber al-Quran dan al-Hadith serta kajian-kajian lepas. Hasil kajian ini mendapati kesan ibadah solat dalam pembentukan akhlak mukallaf lebih khusus boleh didapati melalui beberapa proses seruan azan, melalui amalan kewajipan berwuduk, melalui perlakuan amali solat, pergerakan rukuk dan sujud, melalui rukun tertib dan ta’maninah, pembacaan rukun qawli dan berzikir, penjagaan waktu solat, kewajipan menutup aurat serta berpakaian.
Keywords
pelaksanaan solat; mukallaf; akhlak
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2019 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.