KEPENTINGAN PELAKSANAAN PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM MELALUI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DAPAT MEMENUHI ASPIRASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Abstract
Pendekatan pedagogi pengajaran dan pembelajaran (PdP) sentiasa menuju arah tranformasi yang berpaksikan kepada asas falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Perkembangan mutakhir memperlihatkan bahawa PdP yang berpusatkan pelajar sedang di arus perdanakan secara radikal termasuk pendidikan Islam. Menerusi konteks falsafah ilmu yang bersifat akademik dianggap eurosentrik dan mengabaikan paradigma tauhid sehingga memerlukan konsep-konsep asas di dalam PdP untuk diteliti semula bagi melaksanakan agenda gagasan tranformasi Islamisasi merentasi hubungan ilmu. Menurut perspektif konsep pedagogi berteraskan Islamisasi, perkara yang paling fundamental dalam aspek PdP adalah penghasilan pembelajaran yang bermakna seiring dengan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Demikian juga, pertimbangan mengenai sumber dan hierarki ilmu sangat signifikan dan perlu diambil kira dalam penyampaian PdP walaupun ia harus menggunakan apa sahaja pendekatan dan kaedah yang ada (seperti berpusatkan guru, pelajar, objektif, hasil, proses dan nilai). Menerusi kes tertentu, ilmu dalam kategori naqli yang berstatus ilmu fardhu ain khususnya pada peringkat awal pengajian masih memerlukan ?konsep berguru? kerana matlamat pembelajaran melibatkan pembinaan adab dan penghayatan nilai. Penelitian konsep-konsep asas dalam PdP berteraskan pandangan Ibn Khaldun adalah penting untuk menggerakkan proses kesepaduan yang mengaplikasikan konsep pentarbiyahan dan pengembalian kepada nilai-nilai sahsiah dan kecemerlangan akademik tanpa meminggirkan keupayaan akal untuk berfikir secara intensif, kritikal dan progresif.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.