FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JUMLAH AGIHAN DANA ZAKAT MELEBIHI JUMLAH KUTIPAN PADA TAHUN 2014 HINGGA 2016 DI MAIPK : SATU ANALISA

Nurul Athirah Mohd Azmi, Muhammad Saiful Hadi Helme, Roslina Hashim

Abstract


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) merupakan sebuah institusi tunggal yang bertanggungjawab dalam menjaga perkara-perkara yang berkaitan dengan harta umat Islam di Negeri Perak. Walau bagaimanapun, institusi ini sering kali terlibat dengan kontroversi yang mana jumlah agihan zakat sejak tahun 2014, 2015 dan 2016 mula melebihi daripada jumlah kutipan yang diperoleh. Maka artikel ini ditulis untuk mengkaji faktor yang menyebabkan jumlah agihan dana zakat melebihi jumlah kutipan dana zakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif melalui temu bual berstruktur, analisis kandungan perpustakaan dan tinjauan. Pengkaji menemubual Pegawai Baitulmal Daerah MAIPK sebagai responden yang mewakili institusi zakat di negeri Perak. Manakala laporan tahunan MAIPK bermula dari tahun 2014, 2015 dan 2016 akan dijadikan sebagai sumber untuk mengetahui jumlah kutipan dan agihan tahunan. Hasil kajian mendapati jumlah agihan yang melebihi kutipan adalah disebabkan oleh faktor pembayar zakat yang membayar zakat pada hujung tahun terlalu tinggi. Seterusnya, ia juga disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja ‘man power’, borang permohonan tidak lengkap, dan faktor geografi atau bentuk muka bumi yang berliku. Secara kesimpulannya, berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIPK pengkaji mendapati agihan yang telah dilakukan oleh pihak MAIPK berada pada tahap baik.


Keywords


Faktor, Agihan Zakat, Kutipan Zakat, MAIPK

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.