MANHAJ AL-QURAN MENGENAI DAKWAH TERHADAP REMAJA: SATU KAJIAN BIBLIOMATRIK
Abstract
Kebanyakan kes jenayah mutakhir ini menyaksikan penglibatan remaja secara jelas melakukan jenayah seperti membunuh, merogol, seks bebas, dan lain-lain. Ternyata kes-kes juvana sebegini berlaku akibat lunturnya penghayatan agama dalam jiwa mereka serta jauhnya mereka daripada pedoman Al-Quran. Statistik menunjukkan bahawa majoriti penghuni di Pusat Perlindungan Akhlak terdiri daripada Melayu Islam. Malah, 90% daripadanya adalah remaja yang mengulangi kesalahan yang sama. Hasil kajian menunjukkan 68% penghuni di Pusat Perlindungan Akhlak tidak tahu membaca al-Quran dan 15% pula tidak diajarkan tentang solat serta aspek penerapan nilai-nilai Islam kurang dititikberatkan. Lantaran itu, remaja tersebut tidak berasa insaf dan ingin mengulangi kesalahan yang telah dilakukan. Perkara ini memberikan impak yang negatif kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Makalah ini memfokuskan kepada kajian bibliomatik dengan menyorot kajian-kajian lepas mengenai dakwah terhadap remaja. Hal ini bagi mengidentifikasi ruang-ruang kajian yang perlu diteroka, seterusnya kajian ini berupaya menyediakan satu manhaj holistik dalam mendekati remaja agar ditarbiah dengan acuan al-Quran. Metodologi kajian yang diguna pakai ialah metode historis, metode komparatif, dan metode observasi. Hasil penelitian awal mendapati bahawa kajian manhaj al-Quran mengenai dakwah terhadap remaja masih belum diperhalusi secara terperinci oleh mana-mana penyelidik.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.