METODOLOGI DAKWAH BERDASARKAN SURAH AL NAHL AYAT 125: ANALISIS KAEDAH HIKMAH TERHADAP GOLONGAN MUSTADAFIN
Abstract
Dakwah Islam merupakan satu proses penyampaian risalah Ilahi yang menuntut kebijaksanaan, kefahaman konteks dan pendekatan yang sesuai dengan realiti sasaran dakwah. Surah al-Nahl ayat 125 menjadi asas metodologi dakwah Islam dengan menggariskan tiga pendekatan utama iaitu hikmah, mauizah hasanah dan mujadalah billati hiya ahsan. Artikel ini memfokuskan kepada analisis kaedah hikmah dalam konteks dakwah terhadap golongan mustadafin iaitu kelompok masyarakat yang berada dalam keadaan lemah dan tertindas dari sudut ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis teks al-Quran, tafsir klasik dan kontemporari serta kajian literatur berkaitan metodologi dakwah dan keadilan sosial dalam Islam. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa kaedah hikmah menuntut pendakwah memahami struktur penindasan yang dihadapi oleh golongan mustadafin mengutamakan pendekatan empati dan keadilan, serta menyampaikan mesej Islam secara berperingkat dan realistik. Pendekatan ini selari dengan prinsip rahmatan lil alamin dan maqasid syariah dalam memelihara maruah serta kesejahteraan manusia.
Keywords
metodologi dakwah, hikmah, Surah al-Nahl, mustadafin dakwah Islam
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.




