PENANDA ARAS DALAM PENENTUAN KADAR GAJI PENJAWAT AWAM MENURUT ISLAM

Mohd Azam Yahya, Siti Zubaidah Ramli, Noor Azizah Jakaria, Mohamad Nazli Omar, Norizan Samri

Abstract


Perkhidmatan awam merupakan tunjang utama pentadbiran negara dan memainkan peranan penting dalam menjayakan pembangunan serta kesejahteraan masyarakat. Penetapan kadar gaji dan upah penjawat awam bukan sahaja melibatkan pertimbangan ekonomi dan pentadbiran, malah turut berkait rapat dengan prinsip keadilan, kebajikan dan integriti sebagaimana yang ditekankan dalam Islam. Artikel ini bertujuan menganalisis penetapan kadar gaji dan upah penjawat awam di Malaysia dengan merujuk kepada kerangka perundangan sedia ada serta perspektif Islam berasaskan al-Quran, al-Sunnah dan ijmak ulama. Perbincangan meliputi struktur perkhidmatan awam, pengenalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kedudukan pendapatan penjawat awam dalam konteks sosioekonomi negara, serta prinsip-prinsip asas penentuan gaji dan upah menurut syariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen terhadap peruntukan perlembagaan, pekeliling perkhidmatan, laporan rasmi kerajaan dan sumber-sumber fiqh Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan penetapan gaji penjawat awam di Malaysia secara umumnya selari dengan prinsip Islam, khususnya dari aspek keadilan, kecukupan sara hidup, ketelusan kadar upah dan tanggungjawab majikan terhadap pekerja. Kesimpulannya, pelaksanaan sistem saraan penjawat awam oleh Kerajaan Malaysia menepati tuntutan syariah dan menyumbang kepada kestabilan ekonomi serta kesejahteraan penjawat awam secara menyeluruh.

Keywords


kadar gaji; penjawat awam; fiqh

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.