KAJIAN KEBOLEHGUNAAN E-GAMIFIKASI MINECRAFT BAGI KURSUS FALSAFAH ISLAM

Kamal Azmi Abd. Rahman, Nik Mohamad Firdaus Hilmi Ab Wahab, Nur Syahifa Nadhirah Mohd Khairi, Muhammad Tarmidzi Ibrahim, Mohd Azfar Abdul Malik, Siti Khadijah Azairi

Abstract


Kaedah pembelajaran baharu melalui e-gamifikasi semakin mendapat perhatian dalam dunia pendidikan. Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan e-gamifikasi dengan menggunakan platform Minecraft sebagai alat pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Falsafah Islam. Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji kebolehgunaan platform ini dalam kalangan pelajar, khususnya dari segi pemahaman, ingatan, dan minat terhadap kursus. Kajian ini berbentuk kuantitatif, di mana data dikumpulkan melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 28 orang pelajar Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang sedang mengikuti kursus ADP 4063 Falsafah Islam. Analisis data dilakukan menggunakan perisian perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0 secara deskriptif untuk mendapatkan nilai min (purata) bagi setiap item dalam soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan e-gamifikasi Minecraft dalam pengajaran Falsafah Islam diterima baik oleh para pelajar dengan purata nilai min keseluruhan yang tinggi iaitu antara 4.04 (SP 0.63) hingga 4.43 (SP 0.56). Ini menunjukkan bahawa penggunaan e-gamifikasi Minecraft dalam kursus Falsafah Islam dapat meningkatkan pemahaman, ingatan, minat, dan keterlibatan pelajar secara signifikan. Secara keseluruhan, kajian ini membuktikan bahawa e-gamifikasi Minecraft adalah satu pendekatan inovatif dan berkesan dalam memupuk minat pelajar dan meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka dalam kursus Falsafah Islam. Oleh itu, kajian pada masa hadapan boleh meneroka kepelbagaian elemen gamifikasi lain dan juga boleh melibatkan sampel yang lebih besar dan lebih pelbagai dari segi latar belakang pendidikan untuk memperkukuh generalisasi dapatan.

Keywords


kebolehgunaan, e-gamifikasi, minecraft, falsafah Islam, pengajaran dan pembelajaran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.