KESAN ERA PASCANORMAL TERHADAP AKIDAH KETUHANAN UMAT ISLAM

Shakila Ahmad, Abdul Basit, Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar, Nurhajar Nafi’ah Zuber

Abstract


Era Pascanormal merujuk kepada suatu tempoh perubahan yang ditandai dengan kemelut 3C iaitu chaos (keberantakan), complexity (kerumitan) dan contradiction (pertentangan). Kemelut tersebut menimbulkan ketidakpastian serta ketidakstabilan yang menjadi cabaran baharu dalam kehidupan manusia mencakupi aspek sosial, ekonomi dan politik. Perubahan ini turut memberi kesan yang besar terhadap lanskap pemikiran manusia termasuk kefahaman terhadap agama dan ketuhanan. Justeru artikel ini akan membincangkan kesan perubahan era pascanormal ini terhadap akidah umat Islam khususnya yang berhubung dengan akidah ketuhanan iaitu keimanan terhadap Allah SWT. Pendekatan kualitatif digunakan dengan menganalisa dokumen dari pelbagai sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Hasil dari penelitian yang dilakukan mendapati era pascanormal memberi kesan dan membawa cabaran baru terhadap aliran pemikiran ketuhanan dan membuka laluan penyebaran fahaman sesat seperti kemunculan agnostisisme kesan dari relativisme, pluralisme dan liberalisme. Bagaimanapun dalam masa yang sama era pascanormal yang diwarnai oleh kepesatan perkembangan teknologi maklumat turut memberi peluang besar untuk penyebaran akidah Islam melalui pelbagai media digital. Keperluan kepada pengurusan akidah yang strategik yang dimainkan oleh institusi agama diharapkan dapat menangani kesan negatif era pascanormal terhadap akidah umat Islam.

Keywords


pascanormal, akidah, relativisme, agnotisisme, teknologi dan fahaman sesat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.