INSTITUSI WAKAF PEMACU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

Mustapahayuddin Abdul Khalim, Wan Zahari Wan Yusoff, Ahmad Zaki Mohamad Malom

Abstract


Ibadat wakaf memainkan peranan peranan penting dalam memenuhi kemaslahatan masyarakat muslim dari pelbagai bidang. Ia mencakupi perihal individu dan sosial, material dan kerohanian, serta dunia dan akhirat. Wakaf itu sendiri bersifat autonomi, mampan, fleksibel dan berkesinambungan membuktikan ia mampu membantu sesebuah pentadbiran Islam bagi mencapai pembangunan sosioekonomi untuk generasi masa kini dan akan datang. Jika ditelusuri dari sudut sejarah Islam hingga kini, sistem wakaf telah memaparkan pelbagai peringkat pembangunan yang merangkumi semua sektor sosioekonomi iaitu pendidikan, kebudayaan, penjagaan kesihatan, perumahan, makanan dan minuman, infrastruktur serta banyak lagi. Hal ini membuktikan bahawa sistem wakaf ini mempunyai potensi yang tinggi dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Penulisan ini bertujuan bagi mengkaji dan menjelaskan fungsi dan fleksibiliti wakaf serta keupayaannya untuk mencapai kemajuan seiring dengan SDG. Seterusnya mengkaji cabaran dan penyelesaian serta membentangkan satu cadangan dasar yang praktikal. Secara kesimpulannya, wakaf dapat berfungsi sebagai satu instrumen penting dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan di Malaysia seperti pembangunan komuniti mampan, pengurangan kemiskinan, pendidikan berkualiti, dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, penting untuk menggalakkan dan memantapkan lagi pelaksanaan wakaf di Malaysia dalam konteks SDG bagi memperkukuhkan kelestarian dan kesejahteraan negara.

Keywords


wakaf; Matlamat Pembangunan Mampan; SDG

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.