FENOMENA PEMERDAGANGAN WANITA DI MALAYSIA
Abstract
Pemerdagangan wanita bagi tujuan eksploitasi seksual merupakan senario serius yang melanda dunia secara global. Sangat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila sejarah telah meunjukkan bahawa pemerdagangan wanita telah berada di rantau Asia Tenggara berkurun lamanya. Di Malaysia, pemerdagangan wanita atas tujuan eskploitasi seksual telah lama berlaku semenjak zaman sebelum kemerdekaan dan sehingga kini, jenayah pemerdagangan masih lagi berlaku. Pemerdagangan wanita dilihat sebagai satu bentuk jenayah tercancang yang menakutkan serta turut melibatkan jaringan global yang sangat luas yang memberi ancaman terhadap keselamatan insan di Malaysia. Data dikumpul melalui analisis kepustakaan menggunakan enjin pencarian seperti Google Scholar dan Elsevier. Kaedah snowball atau bebola salji turut digunakan dengan menganalisis senarai rujukan daripada artikel-artikel yang diperoleh bagi mendapatkan artikel yang lebih banyak sebagai rujukan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji fenomena eksploitasi pemerdagangan wanita untuk mengenal pasti punca pemerdagangan wanita di Malaysia. Kajian ini diharap dapat membantu kerajaan dalam menangani jenayah pemerdagangan wanita bagi menjaga hak dan keselamatan mangsa seterusnya dapat meningkatkan keselamatan negara.
Keywords
pemerdagangan, wanita, eksploitasi seksual, jenayah terancang, keselamatan insan
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.