KEBERANGKALIAN RIBA DI DALAM E-WALLET: SATU ANALISA AWAL

Mohd Shahid Mohd Noh

Abstract


Pendigital kaedah pembayaran telah menunjukkan peningkatannya di kalangan rakyat Malaysia khususnya ketika pandemic Covid-19 sedang melanda dunia. E-wallet adalah antara aplikasi pembayaran digital yang mesra pengguna dan mudah diakses sama ada oleh pengguna mahupun benefisiari yang lain. Aplikasi yang melibatkan beberapa pihak seperti pengguna, penjual atau peniaga juga terdedah kepada praktis riba yang berpotensi menjadikan akad tersebut rosak. Kertas ini bertujuan untuk memberikan satu analisa awal mengenai keberangkali berlakunya riba di dalam aplikasi yang makin mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Hasilnya aplikasi e-wallet ini tidak bebas dari berlakunya riba kerana akad qard yang mendasari deposit yang diletakkan oleh user ke dalam akaun e-wallet. Keterikatan penyedia perkhidmatan e-wallet kepada kepatuhan Syariah juga boleh menjadi ruang untuk berlakunya riba sekiranya dana-dana tersebut disimpan di dalam akaun konvensional. Cadangan penggunaan akad wadi’ah dan bay’ istijrar di lihat dapat mengurang potensi riba di dalam aplikasi ini.

Keywords


E-wallet, riba, gharar, syariah, kewangan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.