ANALISIS KONSEP SAMA’ DALAM TASAWUF DAN KEPENTINGANNYA DALAM PEMBINAAN SOSIOLOGI MASYARAKAT
Abstract
Tarekat kesufian memberikan penekanan khusus kepada amalan zikir. Zikir merupakan amalan yang memberikan ketenangan dan menghidupkan hati bagi yang mengamalkannya. Amalan sama’ merupakan salah satu kaedah zikir yang terdapat padanya syair-syair, nasyid atau qasidah yang dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak yang mengasyikkan. Namun begitu, terdapat polemik tentang pengamalan majlis sama’ yang dikatakan bertentangan dengan agama dan sebahagian pandangan menghukum haram secara mutlak. Justeru, makalah ini bertujuan untuk menganalisis konsep sama’ dalam tarekat kesufian melalui perbahasan para ulama tentang perkara tersebut dan kepentingannya dalam pembinaan sosiologi masyarakat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dalam pengumpulan data. Seterusnya, data dianalisis menggunakan analisis tekstual dan komparatif khususnya dalam perbahasan ulama mengenai hukum pengamalan majlis sama’. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pandangan berkaitan hukum majlis sama’ dari sudut keharusannya. Pengamalan majlis sama' diperbolehkan dengan syarat tidak bertentangan dengan syariat dan perlu dipatuhi beberapa adab-adab sepanjang majlis sama' dijalankan. Dalam pada itu, amalan sama’ mempunyai kepentingannya terhadap pembinaan sosiologi masyarakat yang menekankan pada penyucian jiwa yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT sekaligus membentuk masyarakat yang berlandaskan ketaatan kepadaNya.
Keywords
analisis; sama’; tasawuf; sosiologi; masyarakat
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.