SERTU DALAM INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA: CABARAN DAN SOLUSI
Abstract
Sertu dalam Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020 merupakan salah satu sub-komponen yang perlu diwujudkan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS) bagi syarikat yang memohon persijilan halal Malaysia. Justeru itu, pengamal industri dalam setiap skim persijilan halal Malaysia akan merujuk kepada garis panduan sertu yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai panduan bagi melaksanakan proses sertu dalam industri. Namun, terdapat kelompongan yang menjadi persoalan bagi pihak industri dalam melaksanakan proses sertu jika berlaku percampuran dengan najis mughallazah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu yang timbul dalam industri halal di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengumpulkan data melalui analisis dokumen dan temu bual semi-struktur ke atas responden yang terdiri daripada wakil industri dan pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri. Hasil kajian dirumuskan kepada lapan kategori isu. Kajian ini turut mencadangkan solusi yang dapat dijadikan sebagai rujukan oleh pihak berkuasa berwibawa agar tindakan seterusnya dapat dilaksanakan bagi memudahkan pihak perkhidmatan sertu dan masyarakat umum untuk mengamalkan proses sertu.
Keywords
sertu; industri halal; cabaran
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2025 Jurnal 'Ulwan
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.